Wanita

Jemaat yang dikasihi Yesus, Firman Tuhan dalam 1 Timotius mengatakan; “tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah.” – (1 Timotius 2:10). Cantik adalah kerinduan semua wanita didunia ini. Kerana itu tidaklah menghairankan bila wanita suka sekali berdandan atau bersolek. Namun banyak wanita yang berdandan secara berlebihan sehingga mereka bukan nampak terlihat semakin cantik, tetapi malahan sebaliknya. Padahal Alkitab menasihatkan, “Hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan sopan dan sederhana, rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara ataupun pakaian yang mahal- mahal,” (1 Timotius 2:9). Seorang wanita akan terlihat cantik ketika ia berdandan secara tepat, tidak seharus menggunakan pakaian yang berharga mahal, mewah dan galamor, tetapi berdandan dengan pantas,
sopan dan tidak melebihi batas kesopanan.

Sesungguhnya kecantikan wanita itu akan terpancar melalui sikap perbuatannya, “…hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah.” (1 Timotius 2:10). Jadi wanita akan terlihat cantik dan menarik bukan semata-mata dilihat dari pakaian yang dikenakan, perhiasan yang melekat di tubuh, atau kerana ia sangat pandai dalam hal bersolek, melainkan dari budi bahasa dan perbuatannya. Inilah yang disebut ‘inner beauty’, iaitu kecantikan yang terpancar dari dalam melalui keperibadian, tutur kata dan perbuatannya sehari-hari.

Jemaat yang Yesus kasihi, kecantikan seorang wanita akan terpancar dari perbuatannya, bukan semata-mata kerana fisikal. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita BEM Olive Garden sempana hari wanita pada hari ini. Semoga kasih dan damai sejahtera Tuhan menyertai anda semua. Amin !