Kota Benteng Yang Teguh

Mazmur 46:7 (TB)  (46-8)
“TUHAN semesta alam menyertai kita, kota benteng kita ialah Allah Yakub. Sela.”

Seringkali orang yang kita harapkan dalam hidup kita sebagai benteng ‘roboh’ kerana manusia sering berubah. Namun jangan risau kerana ada satu benteng yang tidak pernah roboh, sekalipun air berbuih dan gunung-ganang akan bergoyang oleh gelora semasa, iaitu Tuhan Kota Benteng kita yang Teguh.

Justeru itu, marilah kita hanya bersandar kepada-Nya kerana, “Pada Allah ada keselamatanku dan kemuliaanku, gunung batu kekuatanku, tempat perlindunganku ialah Allah.” (Mazmur 62:8).

Senior Pr. John Para