Hiduplah Dengan Bijaksana

Jemaat yang Yesus kasihi, firman Tuhan dalam Efesus 5:15-16 (AVB) mengatakan; “Hiduplah dengan hati-hati bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.” Kita harus sadar betapa berharganya peluang atau kesempatan dalam hidup ini sehingga rasul Paulus pun menasihati agar kita benar-benar menggunakannya dengan sebaiknya. Jikalau kita tidak menggunakannya dengan baik maka kita akan kehilangan peluang tersebut. Kerana itu kita harus memperhatikan waktu pintu terbuka dan waktu pintu tertutup. Ada tertulis dalam kitab Wahyu 3:7 (AVB), “…apabila Dia membuka pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya.” Ertinya ada waktunya Tuhan membuka pintu masuk bagi kita dalam sebuah kesempatan; bilamana kita tidak masuk, pintu akan tertutup. Pintu itu boleh jadi sebuah peluang yang baik sekali kemungkinan itu hanya sekali sahaja. Jadi, perhatikan waktu yang Tuhan berikan. Pengkhutbah menyatakan bahwa nasib semua orang sama, yang membezakan antara yang satu dengan yang lain adalah apakah kita dapat menggunakan peluang dalam hidup ini dengan baik ataukah kita mensia-siakannya. Maka dengan itu Firman Tuhan dalam. Pengkhutbah 9:10 (AVB) “Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.”

Oleh kerana itu jemaat Tuhan, selagi ada waktu dan peluang, selagi kita masih diberi nafas hidup oleh Tuhan, marilah kita mengerjakan segala sesuatu yang Tuhan sudah percayakan dalam bidang apa pun (pelayanan, pekerjaan, pelajaran dan sebagainya) dengan sungguh-sungguh, sepenuh hati dan tidak hanya dengan asalasal sahaja. Damai sejahtera Tuhan menyertai kamu sekalian. Amin!